Tuesday, March 23, 2010

AF8


"Ibu-ibu, bapak-bapak siapa yang punya anak..tolong aku..aku yang sedang malu..sama teman-teman ku.bla bla..." adoii kaku je budak ni nyanyi..may be baru konsert pertama kot..semua rasa cam bosan jer..

Itu lah yang terkeluar dari mulut masa aku tengok AF8 sabtu lepas..AF kembali lagi..buat aku terkenang kenangan 8 tahun dulu..dulu, aku tak pernah ketinggalan menonton AF..sebut saja setiap nama peserta AF, semuanya aku hafal..masuk AF2 betul2 teruja dengan keghairahan penaja untuk menaja AF..dalam hati rasa amat bertuah kalau dapat masuk AF..AF3 buat aku betul2 gila..setiap Sabtu satu family dah terpacak depan TV dengan juadah pasar malam yang dibeli semata nak mengunyah waktu menonton AF..pendek kata AF3 buat banyak keluarga di Malaysia bertambah erat hubungan kekeluargaan, termasuk keluarga aku.. MAWI jadi kegilaan..teringat semasa hari raya sejurus selepas kemenangan MAWI..kami sekeluarga sanggup melanggan ASTRO di rumah kampung dan mengangkut decoder dari KL semata-mata nak tengok MAWI berhari raya di ASTRO. hehe..memang seronok..entah apa lah keistimewaan mawi pada masa tu, aku pun tak tau..

AF4 menjelang..tetap teruja nak tengok walau pun rasanya penangan AF mula merundum..AF5, AF6, AF7 dan sekarang AF8..tak tau la kenapa semakin lama semakin hambar..koleksi lagu2 yang dipiih pun dah semakin tak menarik pada aku..dalam hati mungkin lagu-lagu itu lebih kepada lagu budak-budak sekolah..sebut pasal budak sekolah..terlintas di kepala..AF8 yang semakin hambar..atau aku yang semakin tua? Si Dia geleng kepala jer bila tengok AF8 dah mula..memang dari AF1 lagi dia berbulu tengok rancangan realiti yang satu ni.. umur kami beza setahun saja..mungkin dia dah tua sebelum waktu nya..hehe

Friday, March 19, 2010

When I See You Smile!


This is for you my love!

Sometimes I wonder how I'd ever make it through
Through this world without having you, I just wouldn't have a clue
'Cos sometimes it seems like this world's closing in on me
And there's no way of breaking free, and then I see you reach for me

Sometimes I wanna give up, I wanna give in, I wanna quit the fight
And then I see you baby, and everything's alright, everything's alright

When I see you smile, I can face the world, oh oh, you know I can do anything
When I see you smile, I see a ray of light, oh oh
I see it shining right thru the rain
When I see you smile, baby when I see you smile at me

Baby there's nothing in this world that could ever do
What a touch of your hand can do, it's like nothing that I ever knew

And when the rain is falling, I don't feel it, 'cos you're here with me now
And one look at you baby, is all I'll ever need, it's all I'll ever need

When I see you smile, I can face the world, oh oh, you know I can do anything
When I see you smile, I see a ray of light, oh oh
I see it shining right thru the rain
When I see you smile, baby, baby when I see you smile at me

Thursday, March 18, 2010

Masa...


Sedar tak sedar dah beberapa hari aku tak mencoret kata-kata..masa berjalan terlalu pantas..dunia seakan berputar laju..selaju otak aku berfikir tentang bermacam2 perkara..kadang-kadang disebalik banyak perkara yang aku fikirkan..aku terfikir bagaimana aku boleh hidup dengan isi kandungan di dalam otak yang terlalu sarat..semua perkara tersimpan di dalam kepala..tidak dapat diungkaikan dengan cepat..kerana masa yang terlalu suntuk untuk menyelesaikan sesuatu perkara..aku perlu bergerak, bertindak dengan pantas..masa tidak menunggu kita..aku pernah terbaca dalam kajian cerdik pandai..masa sekarang (current time) hanyalah semasa kita berada dalam lingkungan 8 saat sahaja..apa sahaja yang berlaku dalam masa 8 saat dikira sebagai sekarang..selepas masuk saat ke sembilan, perkara yang dilakukan itu sudah dikira sebagai sudah berlalu,..jika anda gembira pada saat ini..nikmatilah ia selagi anda terdaya..tetapi jika anda sedang bersedih..bersedih saja dalam masa 8 saat..selepas itu..lupakan saja..kerana ianya sudah pun berlalu...life must go on.Itu kata orang cerdik pandai mengikut kajian..tapi seperti yang aku pernah katakan..manusia ini dilahirkan tidak sempurna..bodoh..maka kita akan bersedih, memendam perasaan selama yang kita mahu..untuk apa?? aku pun tak tahu..masa yang dah berlalu 8 saat tadi, takkan boleh berulang walaupun menangis air mata darah sekalipun..tapi manusia juga dilahirkan sebagai makhluk yang lemah..kita tetap tidak sekuat teori yang dikaji..kita tetap manusia yang mempunyai sekeping hati dan perasaan yang terlalu emosi untuk apa sahaja cubaan dan dugaan yang diberikan..tapi aku berbisik untuk diri sendiri agar sentiasa ingat..Demi Masa, Manusia itu Dalam Kerugian..kecuali pada mereka yang mengetahui..Ya..Allah! Aku bersyukur kepada mu kerana sentiasa memberikan ku kekuatan..Tabahkan la hatiku dalam menempuh masa-masa mendatang..Amin!

Sunday, March 14, 2010

Love..A Sleeping Forest.


Dia: Sayang, Isn't there a sleeping beauty in a forest?
U know that famous French children's story. The moment that princess woke
up, she accepted the prince's proposal.Doesn't it seem strange when u think
about it? that princess had been asleep all along,she didn't know what
difficulties the prince had to go through in order to wake her up.She just
accepted his proposal when he appeared infront of her.
Aku:She must have known by the look in his eyes that he was the one!The one who
fought the witch and would have willingly given up his life for her.
Dia:She knew by the look in his eyes?
Aku:That's right.
Dia:That's a little unbelievable.
Aku:sayang, When i wake up, will u be there for me?
Dia:Yes!
Aku:Really?
Dia:I'll be there.That's a promise.

Manusia...


Manusia dijadikan Allah s.w.t dengan sebaik-baik kejadian..dikurniakan olehnya akal fikiran untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Pada aku, manusia adalah satu makhluk yang sukar untuk difahami..setiap manusia adalah berbeza tahap pemikiran mereka..pada aku manusia ini menyenangkan hati dan menyakitkan hati..manusia ini menghiburkan dan membosankan..manusia ini hidup penuh dengan kepura-puraan..semuanya hanya untuk kepentingan diri sendiri..mungkin aku juga tergolong dalam golongan yang dinyatakan..hmm..manusia memang begitu..mungkinkah ada di dunia ini manusia yang betul2 jujur dan ikhlas selain daripada para Nabi dan Rasul??Perlukah manusia menjadi hipokrit hanya untuk menjaga hati orang lain? Boleh kah manusia memuaskan hati manusia yang lain? Pada aku semua itu tidak wujud di dunia ini..Manusia ini tidak sempurna..pendek kata manusia ini BODOH..walaupun ramai yang merasakan diri mereka pandai..aku cermin diri sendiri..Ya..aku hanya berpura-pura..Bagaimana dengan Dia??!!

Satu Permulaan!


Bismillahirrahmannirrahim...

Hari ini satu permulaan baru dalam hidup aku..aku menulis blog aku sendiri..selama ini aku memang dekat, faham dan sering membaca blog orang lain, dalam hati memang teringin nak ada blog sendiri..tapi apakan daya..masa tak mengizinkan..aku bukan ditakdirkan sebagai orang yang sentiasa ada masa untuk hal2 seperti ini..

Hari ini..aku gagahkan diri, luangkan masa..dan akhirnya..aku berjaya..inilah hasilnya..InsyaAllah, aku akan menjadikan blog ini sebagai teman rapat..sememangnya aku tak ada kawan rapat dalam dunia ini..dunia aku berbeza...berbeza dari orang lain..InsyaAllah..mulai hari ini akan aku kongsikan dunia ku dengan teman baru ku ini..